MY IDOL



Untuk kisah pada hari ini,saya ingin berkongsi pada anda semua idola saya yang saya kagumi sewaktu saya kenal apa itu gadget. Of course idola yang patut kita agungkan sebagai umat islam ialah nabi kita sendiri Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Tidak lupa juga kepada idola yang dikenali sebagai hero iaitu ayah kita sendiri.Untuk mengetahui lebih lanjut pasal idola saya,saya ingin meceritakan serba sikit pasal beliau.
Beliau merupakan pengasas terbesar Air Asia dan chairman sebuah kelab terbesar bolasepak eropah iaitu Queens Park Rangers.

Nama diberi iaitu Anthony Francis Fernandes dilahirkan di Kuala Lumpur. Kini usia beliau telah mencecah 53 tahun. Lahir pada tahun 1964 iaitu 30 April. first education beliau di epsom college di negeri sembilan. kurang lebih 5minit dari rumah saya hehe .Apa yang membuatkan saya bangga dengan beliau ialah, beliau berperanan dalam membantu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pertengahan tahun 2003, untuk mencadangkan idea perjanjian ''open air'' dengan jiran Thailand, Indonesia, dan Singapura. Kesannya, negara-negara ini telah memberikan hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat penerbangan diskaun yang agak berbaloi.                              

tony fernandes telah berkhawin pada tahun lepas bersama wanita pilihannya dari korea. kisahnya bermula pada dia bercuti di France. majlis perkhawinan nya diadakan secara besar-besaran dan cukup meriah.Pernikahan itu merupakan peristiwa bermakna baginya dengan kehadiran ramai orang, termasuk anggota keluarga, kawan rapat, pegawai tertinggi Air Asia, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Tun Musa Hitam. Suatu hari nanti saya berharap saya boleh menggantikan tempatnya sebagai pengasas Air Asia jika mempunyai rezeki. Pengorbanan yang diberikan untuk negara cukup membawa impak yang besar di seluruh dunia. Kini lapangan terbang antarabangsa di Malaysia bukanlah calang-calang lapangan yang ada di dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KAKOM BOLASEPAK 2017

MY FUTURE BUSINESS PLAN

Matriculation or Form 6?